Tuesday, April 26, 2011

Fried Apple Pie... Untuk berbuka Puasa~

......... nak buat ni, untuk berbuka puasa!

Bahan-bahan ( 20 biji size karipap )

  • 2 biji apple merah/hijau - potong dadu
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon (nonie pakai apple hijau so x letak la lemon nie)
  • 1 sdk tepung jagung dicampur dengan 1 sdb air
  • kismis (optional)
  • bahan pastri
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk

Cara-cara

  1. Ap1
     Dalam periuk, campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
  2. Ap2
     Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung.apabila sudah masak,inti dah pon pekat,tutup api dan ketepikan
  3. Ap3
     Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti.
  4. Ap4
     Masukkan susu sedikit demi sedikit. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat. Canai doh dan terap mengikut size yg dikehendaki(pakai acuan karipap pon boleh)
  5. Ap5
     Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
  6. Ap6
     Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan.







....... sedap ke tak ek?????... so arini balik awal!... pelan? buat kat rumah jelah..
sok bos dah blik.. mesti gegeh nak tgk.......

0 org Komen-mengomen:

 

Friends