TERBONGKAR...Musa menunjukkan telekung yang dijadikan pocong. |
MELAKA: Misteri kemunculan `pocong’ yang menghantui penduduk terutama pengguna jalan raya apabila mendakwa kerap terserempak dengan ‘hantu’ itu di kawasan selekoh Kampung Padang Temu di sini, akhirnya terjawab apabila ‘pocong’ terbabit ‘ditangkap’, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, pocong yang selama ini menakutkan orang ramai selepas waktu tengah malam hingga awal pagi rupanya perbuatan segelintir remaja nakal.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila seorang ‘mangsa’, Abdul Rahim Abdul Majid, 51, dari Padang Temu ‘menangkap’ pocong buatan itu ketika pulang dari tempat kerja kira-kira jam 1.30 pagi.
Abdul Rahim berkata, sebelum itu, dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas habis bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam, dekat sini.
Katanya, dia serta-merta menekan brek kecemasan menyebabkan motosikalnya menggelongsor ke depan.
“Saya berasa tidak sedap hati dan terfikir sejenak sama ada lembaga itu betul-betul hantu pocong atau sebaliknya.
“Saya berpatah balik dengan kaki terhencut-hencut disebabkan paha kanan terseliuh akibat menekan brek kecemasan. Namun, saya mendapati ia hanya sehelai telekung yang digantung dengan tali pada pokok itu,” katanya.
Abdul Rahim berkata, dia menarik telekung itu dan apabila diperiksa, ia disarungkan dengan satu pelampung polisterin pada kepala dan mempunyai dua lukisan biji mata dengan cat merah supaya nampak seolah-olah wajah yang hodoh.
“Ketika menarik turun ‘pocong’ itu, saya perasan kelibat kaki orang di tempat berhampiran sedang berlari, bagaimanapun tidak mempedulikannya dan terus membawa telekung berkenaan sebelum menyerahkannya kepada sidang kampung untuk tindakan.
Sementara itu, Sidang Kampung Padang Temu, Musa Salam, berkata sebaik mangsa menyerahkan kain telekung itu, dia berjumpa beberapa remaja yang disyaki melakukan perbuatan terbabit dan menasihatkan mereka supaya tidak mengulanginya.
Katanya, dia kerap menerima aduan penduduk termasuk mereka yang berhampiran seperti dari Kampung Alai dan Permatang Pasir yang mendakwa kampung berkenaan ada pocong.
“Apa yang kita kesalkan, tindakan remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun itu boleh membahayakan orang ramai terutama pengguna jalan raya,” katanya.
petikan dari metro 21/5/09...
*** dekat2 sgt dgn umah cikja.. dan baca paper baru tahu???? tak bersosial langsung cikja nie.. tapi kalu tahu sure.. takut2.. cikjakan penakut orgnya.. cesh.. nie semua sbb peristiwa kat PKN tu.. tu yg jadi penakut tak tentu pasal.. dush2..***
1 org Komen-mengomen:
erk
cam aku jer suka takutkan org masa kecik2 dulu
huhuhu
Post a Comment